Tempahan Bahagian Haiwan Qurban
Saya.....(Nama Peserta)……, dengan ini bersetuju:
Saya, …………………(Nama Peserta)……………, dengan ini bersetuju:-
1. Menempah haiwan Qurban dengan jenis, anggaran berat, kuantiti dan harga seperti yang dipersetujui di dalam borang ini daripada YBIM;
2. Mewakilkan YBIM bagi penerimaan haiwan Qurban pada 9,10,11,12 dan selewat-lewatnya pada 13 Zulhijjah;
3. Lokasi penyembelihan haiwan Qurban akan dilakukan di beberapa tempat di Malaysia manakala lokasi penyembelihan di luar negara adalah di Chad dan Nigeria;
4. Daging-daging korban akan diagihkan di seluruh negara dan sebahagian besar di Chad dan Nigeria dan sebahagian lagi di bumi Palestin;
5. Daging-daging korban di Malaysia akan disejuk bekukan selama dua minggu sebelum dihantar kepada penerima yang layak. Daging-daging korban di negara Chad & Nigeria akan dihantar terus kepada para penerima sebaik sahaja selepas proses penyembelihan. Manakala daging-daging korban yang akan dihantar ke bumi Palestin akan dimasak terlebih dahulu, diretort dan di pek dgn seeloknya sebelum dihantar ke bumi Palestin secara berperingkat selama tempoh antara 8-10 bulan dari Tarikh penyembelihan;
6. Sekiranya tidak dapat dilalukan di lokasi yang dinyatakan di atas, YBIM berhak menukar lokasi penerimaan bagi pihak peserta dengan nilai yang sama;
7. Mewakilkan YBIM untuk penyembelihan haiwan Qurban secara mutlak dan YBIM juga boleh melantik wakil untuk melaksanakan urusan ini;
8. Mewakilkan YBIM untuk agihan daging Qurban secara mutlak dan YBIM juga boleh melantik wakil untuk melaksanakan urusan ini;
9. YBIM akan memberikan sijil penyertaan yang dinyatakan lokasi penerimaan dan penyembelihan haiwan Qurban selepas penyembelihan selesai dilakukan;
10. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada YBIM seperti yang dinyatakan di atas, maka segala kos pengurusan, perjalanan dan risiko untuk penerimaan haiwan Qurban di luar dan di dalam negara adalah di bawah tanggungan saya sendiri.